TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 26 Oktober 2015

HS DIARY 1 - (SUASANA PEMBELAJARAN FCUHOMESCHOOL)


HS DIARY adalah merupakan paparan bergambar suasana aktiviti pelajar kami. Paparan ini akan menjadi kenangan indah kepada mereka apabila mereka besar kelak. Detik-detik manis ini adalah merupakan kehidupan mereka semasa membesar yang perlu disyukuri nikmatnya.


 
Membaca buku kegemarannya....Buku ini selalu menemani Adelyn
 masa tidur, masa main dan juga masa makan....Memang tahan lasak!



Masih belum berminat untuk mengenali huruf-huruf. Adelyn cuma menyebut
karekter dalam gambar dalam bahasa pelatnya.



;Seronoknya Adelyn....



Setiap kali dia jumpa gambar "Bunny"...dia akan berteriak dengan panggilan "Mama". 
Entah macammana dia tergerak nak panggil bunny dengan nama mama.



Di satu sudut yang lain, Alyssa tengah asyik mendengar Afiq membaca buku cerita. 
Alyssa masih belum boleh membaca tapi dah kenal huruf-huruf yang tertera.



Afiq menerang sesuatu kepada Alyssa



Wah...Adelyn yang tengah baca buku sorang-sorang pun teruja dengan penceritaan Afiq. 
Memang seronok baca buku ramai-ramai. 


r
Sangat penting untuk mendidik anak sulung minat membaca. Hasilnya adik-adik
di bawahnya juga akan minat membaca. Ini adalah kerana kanak-kanak suka
meniru terutamanya abang dan kakaknya. Mereka ingin berada dalam
satu group dan tidak mahu ketinggalan. 


Afiq memang pandai bercerita. Lihatlah betapa kusyuknya Alyssa dan Adelyn 
mendengar pencelotehan Afiq. Selalunya Afiq banyak menggunakan ayat 
sendiri menerangkan gambar yang tertera kerana tex yang disediakan bersama 
gambar adalah pendek sahaja. Mereka bukan sahaja setakat mendengar, 
malah akan bertanya berbagai-bagai soalan yang akan 
dijawab oleh Afiq dengan baik sekali. Sering jawapan dari 
Afiq sangat lucu dan masuk akal pada Alyssa dan Adelyn. 
Sebenarnya saya sendiri banyak belajar dari Afiq kerana dia memang 
pandai mengambil hati Alyssa dan Adelyn. 



Afiqah pula sibuk dengan pembelajaran  Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran ditulis balik 
berserta dengan terjemahannya. Di samping menghafal Al-Quran, 
ia juga menghafal terjemahannaya.











Ayat Al-Quran dan terjemahan akan ditulis di atas whiteboard. Saya akan 
menerangkan setiap terjemahan dengan terperinci. Biasanya saya akan 
selit beberapa cerita berkenaan ayat tersebut. Sesetengah ayat
Al-Quran akan menjadi amalan mereka seperti 3 Qul
dan Ayatul Kursi sebelum tidur.










Ini adalah Show Board yang saya gunakan dalam kelas. Apa sahaja hasil kerja para 
pelajar yang baik akan saya tampal di Show Board. Hasil kerja mereka itu akan terus 
dipaparkan hingga ada pula hasil kerja lain yang layak ditunjuk. Dengan ini, 
masing-masing akan bekerja keras agar hasil kerja mereka juga dapat dipaparkan 
di  Show Board. 


Sabtu, 17 Oktober 2015

ART CLASS BY AFIQAH



Hari Sabtu merupakan hari persekolanan yang relax buat para pelajar kami. Pada hari ini mereka digalakkan membaca sebanyak buku cerita yang mereka boleh. Selain dari Reading Day, hari Sabtu juga adalah hari melukis dan craft tangan. 
Kali ini Afiqah mahu mengendalikan Art Class dan para pelajarnya adalah Afiq, Alyssa dan Adelyn. Walaupun usia masih muda, Afiqah telah menunjukkan kematangan dalam mengajar. Inilah yang kami mahu kerana matalamat utama pembelajaran homeschooling kami adalah untuk melahirkan tenaga pengajar buat generasi yang akan datang. Saya hanya pantau pembelajaran mereka bersama Afiqah dari jauh. Segalanya berjalan dengan baik sekali, malah kelihatan mereka semua sangat enjoy. 


Afiqah menyusun meja-meja para pelajarnya dan menyediakan bahan-bahan 
yang akan digunkan dalam kelasnya. 



Bersemangat betul dia...Siap tulis besar-besar Art Class By Afiqah. 
Inilah semangat guru muda Afiqah. Kali ini mereka akan buat 
butterfly house dari kotak.



Kelas sudah bermula. Afiq dan Alyssa senang saja ikut arahan dan duduk di tempat 
masing-masing. Hanya Adelyn yang tidak mahu ikut arahan seperti selalu. 
Biasanya bila saya yang conduct kelas, Adelyn dengan senang hati ambil 
tempat di meja hujung sekali. Mungkin dia rasa Afiqah sebaya dengannya dan 
bukan guru sebenar. Akhirnya Afiqah mengalah dan biarkan pelajar 
yang paling kecil ini bermain puzzle kegemarannya.


Senang saja idea buat rumah dari kotak ini. Cuma tambah atap dengan 
manila card dan lekatkan dengan gam. Jadi....semua orang boleh buat termasuk 
Alyssa. Bagus juga idea Afiqah ini.



Masing-masing bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rumah rama-rama..



Lihatlah betapa "cantiknya" Alyssa mewarna atap rumahnya.
Yang paling penting dia mahu buat sendiri. 



Beginilah suasana kelas homeschooling setiap hari. Kami tidak pernah 
melarang mereka dari berbual, menyanyi dan apa-apa sahaja 
semasa kelas berlangsung, asalkan mereka 
menyiapkan kerja mereka. 



Akhirnya Adelyn sedar bahawa  dia tidak mempunyai rumah rama-rama. Mulalah 
dia hendak mengacau Alyssa. Kelihatan mukanya masam kerana dimarahi 
oleh Alyssa. Lepas tu...uncle pula marah dia sebab nak rampas
rumah rama-rama Alyssa. Apa yang Adelyn boleh buat
hanyalah menjeling geram....Kasihan.!! Cikgu Afiqah tidak
bagi pun kotak pada Adelyn kerana dia tidak mahu ikut
cakap Afiqah. Semoga Adelyn belajar dari 
kesilapannya. Okey..Adelyn, lain kali kena ikut
cakap cikgu Afiqah baru dapat apa orang lain dapat.



Dalam masa sekejap sahaja, dah siap rumah kotak mereka. Memang
simple tapi menarik. Siap ada pasu bunga 
depan rumah.


Inilah butterfly yang akan mendiami rumah kotak itu. Saya rasa kagum 
dengan keupayaan Afiqah mengeluarkan idea untuk kelasnya. 
Kedua-dua rumah dan rama-rama itu sangat senang 
untuk Afiq dan Alyssa membuatnya. Walaupun 
senang tapi sangat menarik sekali.


Saya merakam video ini tanpa mereka sedari. Beginilah suasana sebenar homeschooling kami. Memang berbeza dengan suasana persekolahan bisasa kerana mereka bebas untuk buat apa sahaja. Dengan ini kita telah memupuk perkembangan kreativiti mereka tanpa had. Mereka juga tidak ada rasa malu atau segan kerana hanya bertiga saja. Lagu yang dinyanyikan pun adalah spontan dari mereka.





Rabu, 14 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH (1 MUHARAM 1437H / 14 OKTOBER 2015)



Warga FCUHOMESCHOOLING mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW)
Rasullullah (saw) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W, ianya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING PADA 10 MUHARAM

10 Muharam dinamakan juga hari "Asyura". Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam:

-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan ‘Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama  enam  bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari  40    malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera  Firaun.
-Nabi Isa diangkat ke langit.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




4  AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARAM

1) Berpuasa. 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2) Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3) Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4) Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


14  AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARAM

-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya  pada tahun     ini.
-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
-Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam    golongan yang  redha.
-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam  hatinya.
-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon  pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor  gagak  terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti  bersedekah kepada  semua fakir miskin di dunia ini.
-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa  diterangi  cahaya keimanan.
-Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku  mandi  sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
-Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
 Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya  dengan  pandangan rahmah di akhirat nanti.
-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau  telah  berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang  sunat hari Asyura  empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua  selepas Fatihah dibaca  Qulhuwallah 11X.
-Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak  mati pada tahun ini.
-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang  Islam  berbuka puasa.
-Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”  Fadilat –    Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada  neraka.


Selasa, 13 Oktober 2015

PROJEK AFIQAH DAN ALYSSA: BISKUT NESTUM RANGUP


Main masak-masak adalah satu permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Zaman sudah berubah dan bentuk permainan masak-masak juga sudah berbeza dengan generasi dahulu. Kalau dahulu zaman 60an, setiap petang selepas sekolah, mesti main masak-masak. Zaman tanpa internet
bagai itu memang memberi laluan seluas-luasnya kepada penerokaan permainan ini. Biasanya aktiviti ini dimainkan bersama kanak-kanak lain sekampung. Memang meriah sekali. Kuali dan periuk yang sudah tidak diguna kan menjadi peralatan utama. Biasanya bata akan digunakan sebagai tungku dapur. Siap ambil bawang dan cabai sebagai bahan dalam masakan. Pendek kata segala lebihan emak masak di dapur akan jadi bahan untuk main masak-masak. Sekali-sekala jari akan terkena api atau periok panas. Biasalah tu.... Lama kelamaan kita jadi mahir dengan penggunaan api dapur.

Jarang kanak-kanak zaman sekarang berpeluang untuk merasa kemeriahan main masak-masak seperti ini. Zaman berubah dan suasana juga berubah. Zaman teknoloji tinggi kini membuat kita rasa masa dalam satu hari begitu singkat. Kanak-kanak tidak mempunyai banyak peluang untuk meneroka semua ini terutamanya bila kerja sekolah menimbun setiap kali pulang dari sekolah.

MAIN MASAK-MASAK VERSI TERKINI
Cooking class adalah antara mata pelajaran yang paling digemari oleh pelajar kami. Kami sangat menitik beratkan pembelajaran sara diri seperti memasak, menjahit, berniaga, bertukang dan banyak lagi sebagai asas pendidikan homeschool. Kali ini mereka main masak-masak membuat biskut nestum yang rangup. Proses membuat biskut memang senang. Afiqah sudah mahir membuat sesetengah biskut yang senang-senang dan kali ini dia mengajar Alyssa pula. Proses pembelajaran begini memang meninggalkan kesan yang mendalam dan kekal dalam ingatan mereka. Sebenarnya mereka tidak menganggap proses ini sebagai satu tugasan tetapi sebagai satu permainan yang dinamakan main masak-masak. Memang benarlah...bila mereka rasa jemu, terpaksalah kita pula menerap dan membakar biskut-biskut itu. Apa yang penting, proses pembelajaran sudah berlangsung dan mereka akan menjadi bertambah bagus dari masa ke semasa hinggalah mahir dalam membuat kek dan biskut. Kita perlu bersabar dengan keletah anak-anak agar minat yang bertunas akan terus hidup dan berpucuk. Satu ketika nanti....tidak mustahil mereka akan mengusahakan perniagaan sendiri yang maju dan berjaya.

Semangat sebeginilah yang selalu kami tiupkan ke jiwa mereka. Sentiasa memberi gambaran secara besar tentang segala yang mereka pelajari. Ini bererti tiada satu pun pembelajaran menjadi sia-sia. Inilah sasaran kami sebagai pembimbing kepada para pelajar kami.




Pada permulaannya...Alyssa jadi penolong Afiqah. 
Jadi tukang bagi tepung untuk Afiqah gelek.



Alyssa terpegun dengan kepakaran Afiqah menerap biskut.
Diperhatikan dengan teliti segala perbuatan Afiqah.


Oo....That's easy. Let me try sis......




"Wow....my two flower biscuits"
Pada mulanya Alyssa hanya penyet tepung dengan 
tapak tangannya sahaja.



Setelah berkali-kali mencuba menggunakan kayu penggelek, 
akhirnya dia berjaya menghasilkan banyak biskut sekali gus. 
Seronok betul dia.....




Sedulang biskut nestum rangup tersedia untuk dibakar. Sebaik sahaja masak...
mereka makan hingga habis. Bila dah boring buat biskut.....
mereka tinggal segala kerja untuk kita sudahkan..






 CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum 
1 1/2 tsp serbuk penaik ( diayak dengan tepung diatas)
1 cawan bijirin NESTUM original  (dikisar halus)
1 cawan bijirin NESTUM original  (tak perlu dikisar)


Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B


Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya

Cara penyediaan :
1) Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
2) Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
3) Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. 
4) Terap dengan acuan yang digemari.
5) Tabur nestum sebagai hiasan.
6)Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Ahad, 4 Oktober 2015

200.000 GRADUAN GAGAL DAPAT KERJA


PETIKAN DARI KOSMO 4.10.2015


IPOH – Kira-kira 200,000 graduan di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan peluang kerja yang agak terhad sejak dua tahun lalu. Jumlah graduan meng­anggur ini dijangka bertambah berikutan kea­daan ekonomi negara yang dilihat tidak banyak berubah sehingga awal tahun depan. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan (gambar kecil) berkata, angka berkenaan akan meningkat jika dicampur dengan jumlah graduan yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Menurut beliau, antara faktor berlakunya pengangguran termasuk langkah kerajaan mengambil pendekatan memberhentikan pengambilan pekerja pada tahun ini sekali gus menutup peluang kira-kira 13,000 hingga 15,000 pekerjaan di sektor awam.

Sumber: Kosmo

Sebahagian daripada graduan yang hadir pada Pameran Kerjaya Berasaskan 
Sektor di Rompin, Pahang pada Ogos lalu


HAKIKAT YANG PERLU DITERIMA

Kejatuhan ekonomi boleh berlaku pada mana-mana negara sahaja di dunia ini. Masaalah ini bukanlah salah negara itu seratus peratus, Kadang-kadang kejatuhan itu adalah disebabkan oleh percaturan ekonomi dunia yang tidak memihak pada sesuatu negara. Ada persamaan dengan percaturan di jalan raya. Apabila berlaku kemalangan, kadang-kadang bukanlah di sebabkan oleh kelalaian pemandu tersebut tetapi oleh pemandu lain yang memecut laju. Malah ada seribu sebab lain yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan.

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Kita sebagai  ibubapa mempunyai hak untuk memilih corak pendidikan anak-anak kita. Janganlah kita mempertaruhkan seratus peratus kepada pendidikan sejagat hingga kita lepas tangan dan tidak memandang jauh masa depan anak-anak kita. Sejak dulu lagi sudah berlaku pengangguran di kalangan graduan universiti dan angka itu terus meningkat. Apabila negara menghadapi kegawatan ekonomi, masaalah ini menjadi parah. Malah akan berlaku makin ramai para pekerja terpaksa dibuang kerja kerana majikan sudah tidak mampu membuat operasi secara besar-besaran.

Kebanyakan para graduan yang dihasilkan oleh universiti tidak begitu mahir dalam ilmu sara diri. Mereka berharap pada makan gaji semata-mata dan bila tiada majikan yang dapat memenuhi hasrat ini, mereka jadi penganggur. Tidak ramai dari mereka yang boleh memikirkan cara lain untuk mencari rezeki dan terus produktif. Sudah tentu bukan salah mereka kerana sejak dari kecil hingga umur meningkat puluhan tahun, hanya kertas dan pensel yang mereka pegang setiap hari. Malah mereka juga tidak membantu para ibubapa dengan kerja-kerja di rumah kerana terlalu sibuk dengan pengajian persekolahan. Hanya ibubapa membanting tulang empat kerat mencari wang untuk pembelajaran mereka. Akhirnya...apabila tiba masa mereka untuk berdikari, mereka menjadi umpama orang patah kaki apabila tiada sebarang jawatan menjemput.


PILIHAN HOMESCHOOL TEPAT BUAT KAMI

Pembelajaran homeschoool tidak hanya berkisar pada akedemik semata-mata. Kami banyak mendedahkan anak-anak kepada hakikat kehidupan sebenar. Mereka diajar berniaga kerana kami adalah peniaga produk tradisional yang berasaskan bahan semula jadi. Dari kecil lagi mereka sudah diberi tugasan untuk sama-sama mengembelingkan tenaga dalam bisnes keluarga. Mereka di dedahkan pada jatuh bangun perniagaan hingga mereka jadi cukup peka dan sanggup membantu apa sahaja demi meningkatkan pendapatan keluarga. Mereka belajar dari hari ke hari selok belok perniagaan dan pasti mereka mahir apabila tiba masa berdikari kelak.

Kami juga mengajar mereka dalam sektor pembinaan rumah. Untuk membina sebuah rumah yang sempurna, banyak kemahiran yang dapat mereka belajar. Dari membancuh semen hingga ke peringkat memasang wayar elektrik ke dalam rumah cara profesional, perlu mereka lakukan sendiri. Rumah itu juga perlu dihiasi dengan perabut-perabut moden agar kelihatan cantik. Mereka juga perlu mahir dalam bidang hiasan dalaman. Dari A hingga Z pembinaan rumah terpaksa mereka mahirkan diri kerana kami tidak mengupah orang. Kemahiran ini adalah modal mereka untuk berdikari kelak kerana banyak peluang yang boleh mereka ceburi dalam perniagaan.

Kami juga adalah penggiat bonsai dan memang terkenal di Langkawi. Ilmu bonsai diterapkan sejak umur mereka kecil lagi. Bonsai adalah satu seni tanaman yang dijual dengan harga yang mahal. Ini adalah kerana setiap bonsai memerlukan bertahun-tahun untuk disiapkan. Paling cepatpun...kita perlu menunggu selama 5 tahun untuk mendapat bonsai yang sempurna. Banyak ilmu penanaman perlu dimiliki dalam pembuatan bonsai, bukan sekadar menabur benih, menyiram dan membaja. Mereka perlu arif dalam struktur batang setiap species tanaman bonsai itu kerana lain jenis pokok memerlukan penjagaan yang berlainan. Mereka juga perlu arif dengan jenis tanah tanih yang sesuai kerana Cucur Atap yang biasa hidup di tepi pantai perlukan pasir manakala pokok Setulang yang hidup di paya pula perlu gabungan tanah dan pasir. Selain itu mereka perlu mahir dalam penyakit-penyakit yang sering menyerang bonsai hingga sering membuat pokok bonsai yang sudah sempurna boleh mati begitu sahaja. Ilmu-ilmu ini sangat penting untuk mereka menjadi usahawan dalam bidang pertanian kelak.

Pmbelajaran yang paling penting yang kami tekankan ialah bidang kerohanian. Kerohanian sangat penting untuk mengisi jiwa manusia agar perjalanan di atas dunia ini mendapat ketenangan dan berjaya dunia akhirat. Perjalanan kita masih jauh. Hidup di dunia hanyalah umpama jambatan menuju akhirat. Janganlah kita terhenti pada segala permasaalahan yang kita hadapi sepanjang melalui jambatan dunia ini kerana semua itu adalah ujian-ujian dari Allah untuk menilai siapakah yang paling bertakwa. Wallahualam...



DESIGN PAPER BAG UNTUK PASARAN


Semoga semua homeschooler di Malaysia khasnya dan di mana sahaja berada, sentiasa maju ke hadapan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Yang paling penting dalam mengendalikan sesebuah homeschool ialah anak-anak kita seronok belajar dan pembelajaran berlaku dalam suasana santai dan meriah. Elakkan pembelajaran dalam suasana stress baik untuk anak kita mahupun buat diri kita sendiri. Kadang-kadang kita sebagai ibu, mahu anak kita cepat pandai dan jadi yang terbaik. Untuk mencapai misi tersebut kita memaksa anak-anak kita untuk berusaha lebih.

Hakikat sebenarnya...kita tidak mahu anak kita ketinggalan dari standard yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Segala pujian atau segala keritikan terhadap anak kita, akan terpalit pada ibubapa juga. Kita menumpang bangga dan itulah sebenarnya yang berlaku. Kita merasa bahagia sekali sekira anak kita mendapat keputusan cemerlang. Malah turut merasa malu sekira anak kita tercorot kebelakang. Padahal....erti kejayaan sebenarnya jauh telah terpesong dari apa yang difaham oleh masyarakat sekeliling. Seandainya anak kita dapat grade A sekarang, tidak semestinya dia akan terus dapat grade A dalam kehidupannya kelak. Malah ramai mereka yang tercorot semasa dibangku sekolah telah berjaya menjadi usahawan berjaya dalam kehidupan sebenar. Keperibadian mereka itulah sebenarnya yang akan menentukan dimana mereka akan berada kelak.

Pelajar FCUHOMESCHOOL sangat suka pada pelajaran kreativiti. Mereka suka berkarya bersama-sama sambil berceloteh itu dan ini. Gelak ketawa dan gurau senda memeriahkan lagi pembelajaran. Kali ini kami sediakan peralatan untuk membuat paper bag. Mereka diberi tugasan untuk design paper bag yang bakal dipasarkan kelak. Beri bayangan pada mereka bahawa mereka adalah ahli perniagaan yang akan menjual paper bag. Mereka  mempunyai kilang untuk mengeluarkan paper bag yang cantik dan berkualiti. Idea sebegini membuat mereka sangat teruja dan merasa diri mereka dihargai dan penting.

Komputer banyak membantu dalam pembelajaran homeschool. Dengan sendirinya mereka mempunyai kemahiran untuk mencari idea bagi projek paper bag. Galakkan mereka berbincang
sesama sendiri. Sebenarnya banyak pembelajaran tidak langsung dapat kita suntik dari projek seperti ini. Di sinilah kita sebagai pengajar mempunyai peluang untuk memasukkan elemen-elemen yang baik bagi mempertingkatkan jati diri anak-anak.


MENCARI IDEA DI INTERNET

Afiq dan Alyssa sedang berbincang dan mencari idea untuk projek paper bag.


Galakkan mereka memberi komen dalam setiap gambar paper bag yang mereka tengok. 



MENENTUKAN DESIGN YANG BAKAL DIPILIH

Afiqah memilih konsep bunga dan reben.


Afiq pula dengan konsep reben


Alyssa pula dengan konsep cup cake. 



PERLAKSANAAN  PROJEK PAPER BAG

Peralatan yang mereka siap sendiri. 

























DESIGN HEBAT PAPER BAG BUAT PASARAN

Menurut Alyssa cup cake nya berbentuk kartun pakai kaca mata hitam. 
Oo...begitu. Bagus juga idea ini kerana bentuk cup cake biasa dah 
jemu dan old fashion. Memang kanak-kanak juga mampu memberi 
idea yang bernas jika diberi peluang, Dia juga mengambil 
idea elemen reben dari Afiq. Syabas Alyssa....good work!



Afiq tukar perancangan dari elemen reben ke elemen huruf abjad. Bila ditanya mengapa tidak guna elemen reben...dia kata reben tak cool. Betul juga tu...sebab Afiq adalah lelaki dan bukan perempuan.Wah....dah cukup baguslah bila dia dapat buat reasoning dalam 
tindak tanduknya. Di sini kita dapat lihat bahawa dari projek paper bag yang 
simple itu kita sudah dapat menyuntik bayak pembelajaran jati diri 
dalam diri anak-anak.




Afiqah tetap dengan elemen bunga yang telah ditetapkan sebelum projek bermula. 



KELETAH ANAK-ANAK YANG MENCERIAKAN SUASANA













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...